Nik Aziz: No Petrol No Discussion!


Nik Aziz petrol kata telah berjaya menukar pemikiran rakyat Kelantan daripada metaliti pak turut eropah kepada pak turut nabi. Nabi PAS mengajar Nik Aziz untuk menolak segala perbincangan demi kepentingan ummah tetapi kepentingan undi dan duniawi adalah lebih penting untuk Nik Aziz petrol. Biarkan Nik Aziz dengan sikap riaknya kerana itu adalah dugaan Allah untuk manusia diakhir zaman. Tidak hairan Nik Aziz menjadi senyanyok ini kerana dia adalah bisul yang semakin hari semakin membusuk.

Teringat drama Antara Garisan di Astro Ria tempoh hari. Kisah seorang ustaz yang kononnya diutus tuhan untuk membanteras maksiat disebuah kampung, alih-alih ustaz tuh sendiri yang melakukan maksiat kerana terikutkan bisikan syaitan.

Dari dulu lagi tak anggap yang berjubah kopiah ini maksum dan bersih dari dosa. Lihatlah di Tabung Haji pasal kes pecah amanah. Bukankah yang kantol manusia yang berkopiah jubah..! Bangga ucap bermukadimah dengan ayat-ayat Allah tetapi jika sudah berkuasa pasti kopiah jubah itu ditanggalkannya.

Mengikut perintah Allah tetapi tidak melabelkan diri bagus dalam suruhannya. Urusan syurga neraka dalam urusan Allah bukan Nik Aziz petrol dan Anwar Ibrahim.

ISA: Anwar, 20K jer? Pegida mabok!

KEHADIRAN hanya 5,000 penyokong (20 ribu mengikut laporan oleh portal Malaysiakini) Gerakan Mansuh ISA (GMI) menyertai demonstrasi pada 1 Ogos yang lalu menjelaskan hanya sebilangan kecil sahaja rakyat Malaysia yang tidak mahu mengaku akan kesan positif dan keberkesanan ISA dalam memelihara keamanan negara.

Sasaran 100,000 pendemonstrasi seperti yang diuar-uarkan oleh penganjur GMI ternyata jauh menyimpang!

Seperti yang diduga majoriti yang terlibat dengan demonstrasi haram ini adalah orang Melayu. Gambaran awal GMI seolah-olah semua kaum dari gabungan lebih 80 NGO akan turun berdemonstrasi, namun terbukti kaum-kaum lain tersebut hanya berehat di rumah bersama keluarga sambil menikmati hidangan tengah hari, sedangkan pada masa yang sama terdapat segelintir Melayu sedang melakukan ‘kerja-kerja bodoh’!

Golongan Melayu ini juga tidak ubah seperti golongan Melayu “Mat Rempit” yang bodoh, sanggup mempertaruhkan nyawa demi menguji prestasi “mesin bodoh” ciptaan orang lain!

Saya ingin berpesan kepada Haji Hadi Awang, sekiranya beliau bercadang mengerahkan ahli-ahli Pas untuk menyertai apa-apa demonstrasi seterusnya, eloklah beliau berpesan kepada Lim Kit Siang agar sama-sama mengerah ahli-ahli DAP agar turun beramai-ramai.

Ia bagi memastikan tidak hanya ahli-ahli Pas merasai ‘nikmat’ meriam air dan gas pemedih mata pasukan FRU, sebaliknya ahli-ahli DAP juga patut menikmati kemeriahan ‘pesta air dan gas’ tersebut.

Namun mungkin apa yang berlaku itulah “keadilan” mengikut tafsiran PR. Askar-askar Melayu berkorban nyawa mempertahankan tanah air sedangkan sesetengah kaum pula hidup senang lenang, itulah keadilan.

Anggota polis berkorban nyawa menjaga keselamatan rakyat, malah kadang-kadang dituduh pembunuh oleh PR, sebaliknya ada pemimpin yang membela kongsi gelap, menghentak meja membentak penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam yang merampas minuman keras!

Tetapi itulah konsep “keadilan” mereka! Trend terkini, wakil-wakil PR bukan Melayu akan mencetuskan idea penentangan dan orang-orang Melayu pula akan melakukan demonstrasi jalanan! Ini lagilah adil!

Bagaimanapun, alhamdulillah sokongan rakyat terhadap “kerja-kerja bodoh” ciptaan pembangkang ini semakin menurun dan apa yang boleh dikatakan kepada Anwar Ibrahim... Sudah sudahlah tu Anwar Ibrahim ooii!

Penerangan Mengenai Inkuiri Kematian Teoh Beng Hock

Berikut ialah terjemahan penuh kenyataan media Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkenaan inkuiri berhubung kematian Teoh Beng Hock mengikut Kanun Acara Jenayah (CPC) bertajuk "Inkuiri Kematian Mengikut CPC berhubung kematian Teoh Beng Hock":

Tujuan inkuiri diadakan mengikut Kanun Acara Jenayah ialah untuk menyiasat bila, di mana, dan cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu. Ini telah dijelaskan dalam keputusan kes Re Loh Kah Kheng (1990) 2 MLJ 126 Dzaiddin J (bekas Ketua Hakim Negara pada ketika itu),

"Adalah mesti diingat bahawa fungsi seorang majistret mengendalikan satu inkuiri mengikut Bab XXXII CPC ialah untuk menyiasat, bila, di mana, bagaimana dan selepas dalam cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang secara jenayah terlibat dalam menyebabkan kematian itu (s 337).

Definisi "Punca kematian" di bawah s 328 ialah untuk memasukkan dengan jelas bukan sahaja punca kematian seperti ditentukan oleh pemeriksaan atau pemeriksaan bedah siasat tubuh di mati, tetapi juga semua perkara yang perlu untuk membolehkan pendapat dibentuk mengenai cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada kematiannya berpunca akibat daripada mana-mana cara, atau telah dipercepatkan oleh sebarang tindakan tidak mengikut undang-undang atau berlaku akibat perbuatan orang lain.

Oleh yang demikian, majistret akan mengadakan inkuiri dengan memeriksa saksi-saksi yang telah bersumpah dan pada masa yang sama lazimnya mematuhi peraturan biasa mengenai keterangan, beliau mungkin menerima mana-mana keterangan yang beliau fikir sesuai, terutamanya keterangan dengar cakap. Tugasnya ialah untuk menentukan punca kematian dan beliau tidak terikat untuk mematuhi prosedur undang-undang mahkamah yang biasa." selanjutnya... klik!

Nasib Orang Melayu


Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Selanjutnya... klik :Sini:
Blog Widget by LinkWithin